MARI KITA BERMAIN TEKA- TEKI
Saturday, March 30, 2019
Peribahasa Melayu 'seperti kacang lupakan kulit' memberi nasihat supaya
jangan melupakan budi insan yang pernah berjasa. Cerita di bawah adalah
berdasarkan peribahasa tersebut.
Di sebuah kampung yang terpencil, terdapat seorang budak lelaki yang bernama Ahmad. Ahmad tinggal disebuah pondok yang usang bersama-sama ibunya. Mereka hidup dalam keadaan yang daif terutama selepas kematian ayahnya. Ayahnyalah tempat Ahmad dan ibunya bergantung hidup selama ini.
Demi untuk menyara hidup mereka berdua, ibu Ahmad terpaksa bekerja dengan lebih kuat dengan menjahit baju diwaktu siang dan mengambil upah mencuci pinggan diwaktu malam. Tanpa mengenal penat lelah, ibu Ahmad gigih bekerja siang malam mencari rezeki demi untuk memberikan masa depan yang lebih baik kepada Ahmad. Ahmad pula belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa memperolehi keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan dan ini membuatkan hati ibunya amat gembira.
Setelah meningkat usia remaja, Ahmad menyuarakan hasrat untuk pergi ke bandar mencari kerja untuk meringankan bebanan ibunya yang sudah semakin dimamah uisa. Walaupun berat rasanya untuk berpisah dengan anak kesayangannya, ibu Ahmad terpaksa rela membenarkan Ahmad pergi ke bandar untuk mencari kerja. Ibu Ahmad berpesan supaya Ahmad sentiasa menjaga diri dan tidak melupakan suruhan Allah dan balik ke kampung menjengoknya jika ada kepalangan.
Siang, malam, pagi dan petang Ahmad bekerja tanpa mengenal penat atau jemu. Ahmad juga sentiasa mengingati ibunya di kampung dan akan pulang menjengoknya bila ada kelapangan. Oleh kerana Ahmad seorang pekerja yang rajin, dia menjadi kesayangan ketuanya dan dia telah memberikan kepercayaan kepada Ahmad untuk menerajui syarikat tempat dia bekerja. Ahmad menjadi bertambah sibuk dengan kerjanya dan kini dia semakin jarang menjengok ibunya ibunya di kampung. Semakin lama Ahmad semakin berjaya dalam kehidupannya dan kini dia telah menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dan hidup mewah. Tetapi Ahmad telah berubah menjadi seorang yang sombong dan sentiasa bermegah dengan kemewahan yang dimilikinya dan telah melupakan langsung ibunya yang hidup serba daif di kampung.
Hati ibu mana yang tidak remuk bila anak kesayangan yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh, dibelai dengan penuh kasih sayang kini tidak menghiraukanya lagi setelah dikurniakan kehidupan yang mewah. Walau bagaimanapun si ibu sentiasa berdoa agar satu hari nanti Ahmad akan pulang juga ke kampung menjenguknya. Kini ibu Ahmad sudah terlalu uzur dan hanya mengharapkan belas ihsan dari jiran tetangga untuk meneruskan kehidupan. Akibat terlalu uzur akhirnya ibu Ahmad meninggal dunia.
Ahmad semakin lupa daratan. Setiap malam berpesta dengan arak dan perempuan. Dia sudah hilang pedoman. Halal dan haram sudah tidak dihiraukan lagi. Perniagaannya yang dahulu maju kini semakin merudum. Hutang sudah keliling pinggang. Setiap hari pegawai dari bank datang menuntut hutang. Akibat kehidupannya yang liar, kini Ahmad telah dijangkiti penyakit aids. Ahmad sudah tidak karuan, fikirannya sudah semakin kusut. Semua kawan-kawan telah meninggalkannya kerana Ahmad kini bukan lagi orang kaya dan berpenyakit pula.
Kini baru Ahmad teringatkan ibunya. Dia berasa sungguh menyesal kerana telah mengabaikan ibunya selama ini. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung menjengok ibunya. Bila sampai di kampunag Ahmad sungguh sedih dan menyesal apabila diberitahu ibunya sudah tiada. Dia berasa sungguh sedih dan tertekan kerana ibu tempatnya bergantung selama ini telah tiada lagi. Akibat tekanan perasaan yang tidak tertanggung akhirnya Ahmad menjadi gila dan dia kini tidak dihiraukan lagi. Inilah balasan yang diterima Ahmad kerana tidak menghargai jasa ibunya selama ini.

Pada hari ini, saya akan menerangkan bentuk peribahasa " bagai kacang lupakan kulitnya" dalam bentuk pengisian karangan.
Karangan Peribahasa "Seperti Kacang Lupakan Kulit"
Pak Utih sedar dia tidak bersekolah. Hendak berniaga, dia tiada modal. Hendak menjadi tukangrumah, dia tiada kemahiran. Apatah lagi hendak bekerja di jabatan kerajaan. Jadi, hanya buruh kasar pekerjaan yang sesuai untuk orang seperti dirinya.Begitupun, Pak Utih bertekad. Dia tidak mahu anak-anaknya menjadi seperti dirinya. Dia mahumelihat anak-anaknya berjaya. Mudah-mudahan, kejayaan mereka nanti dapat meringankan beban yangditanggung selama ini.Saban hari, Pak Utih melakukan pelbagai pekerjaan. Dia sanggup mengambil upah menebas rumput, memanjat pokok kelapa, menanam pokok koko, dan memetik buah sawit semata-mata untuk menyekolahkan Karim dan Salim. Dia sanggup berlapar, dia sanggup tidak bersalin pakaian asalkan anak-anaknya dapat belajar.
Kini, dia dan isterinya boleh berbangga. Betapa tidak, Karim dan Salim satu-satunyanya anakmasyarakat kampungnya yang berjaya ke menara gading.Setelah tamat pengajian,Karim dan Salim bekerja di Kuala Lumpur. Gajinya pula cukup lumayan.Jadi, mereka mampu membeli kereta mewah dan rumah banglo. Rupa-rupanya, keseronokan di kota menjadikan mereka lupa diri. Mereka langsung tidak menziarahi ibu bapa mereka di kampung pedalaman.Pak Utih betul-betul tidak menyangka bahawa anak-anaknya yang disanjung kini "seperti kacang lupakan kulit". Apabila teringat akan anak-anak itu, air mata mereka bercucuran ke pipi.
Friday, March 29, 2019
Bagai kacang lupakan kulitnya
Maksud :
Mencerminkan seseorang yang lupa asal- usulnya atau lupakan jasa orang lain terhadapnya setelah dia mendapat kesenangan.
ia juga boleh digantikan dengan awalan "seperti..." dengan kata ibarat, umpama, bagaikn atau bak menjadi "ibarat kacang lupakan kulit".
Contoh ayat :
Kassim bersikap bagai kacang lupakan kulit apabila berpura- pura tidak mengenali Hamid yang telah meminjamkan wang kepadanya ketika dia susah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk merealisasikan tuntutan kerja idividu bagi subjek Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu ( BMP 3093 ) bagi kumpulan D dibawah penyeliaan Dr. Farahkhanna binti Mohdd Rusli.
Tugasan yang saya perolehi adalah mengkhususkan peribahasa Melayu iaitu bagai kacang lupakan kulitnya.
pelbagai aktiviti yang akan saya sediakan antaranya adalah nota ringkas bagi pemahaman mengeni peribahasa bagai kacang lupakan kulitnya, latihan pengukuhan serta aktiviti ujia minda. 😆😣😣😊😊

Subscribe to:
Comments (Atom)